Monday, August 24, 2009

soalan BM

011 Bahasa Melayu Kertas 1 GERAK GEMPUR UPSR


Nama : _____________________________________
Kelas : TAHUN 6
Tarikh : ______________
SULIT

011
Bahasa
Melayu
MEI 2009
50 minit





PEJABAT PELAJARAN
DAERAH HULU SELANGOR



_____________________________________________

GERAK GEMPUR UPSR
011



BAHASA MELAYU - 011


Lima puluh minit





JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2. Jawab soalan dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.










Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak







Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.



Soalan 1 hingga Soalan 17
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Soalan 1 berdasarkan Gambar 1










Gambar 1

1 Adik menyorok di _______ emak sebaik sahaja terpandang wajah pemuda
berjanggut itu.
A sisi
B tepi
C samping
D belakang








Soalan 2 berdasarkan Gambar 2




Gambar 2

2 Permaidani itu tersandar di ________ almari.
A dalam
B atas
C tepi
D sudut

3 Banyak pihak __________ bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Encik Kasim itu.
A usah
B belum
C enggan
D tidak

4 Abang Amran memang bekerja di Klinik Huda tetapi dia __________ doktor.
A bukan
B tidak
C usah
D jangan


5 Fenomena kemarau telah melanda ____________ negara.
A segala
C seluruh
B sekalian
D setengah

6 Wajahnya sahaja yang nampak _______ , tetapi sebenarnya dia __________.
A tenang ……. pemurah
B bengis ……. pemarah
C garang ……… peramah
D serabut ......... penyabar

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3



Gambar 3

7 Inilah hasil _____________________ saya selama ini. Saya berpuas hati dengan hasil kerja ini.
A tidur mati
B titik peluh
C batu loncatan
D durian runtuh



8 "Siapakah ____________________ pertandingan masakan pada Hari Kebangsaan itu ," tanya Datin Hamidah.
A pengelola
B kelolaan
C mengelola
D pengelolaan

9 Emak tidak dapat minum air teh yang dihidangkan oleh kakak kerana rasanya _________ .
A manis
B kelat
C likat
D hambar

Soalan 10 berdasarkan Gambar 4



Gambar 4

10 Nenek membeli beberapa __________ rebung untuk dibuat sayur.
A biji
B helai
C pucuk
D kuntum

11 ____________ permohonan kami ini dipertimbangkan oleh pihak tuan dengan kadar segera.
A Usah
B Tolong
C Harap

12 Suraya ghairah bercerita _______________ pengalamannya menyelam ke dasar laut.
A tentang
B dengan
C sejak
D dari

13 Dia telah dinasihati oleh guru pembimbingnya ¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬________________ tidak ponteng sekolah lagi.
A hingga
B sambil
C agar
D dan













Soalan 14 berdasarkan Gambar 5



Gambar 5

14 Sebuah bas telah ________________lalu melanggar pembahagi jalan.
A terlajak
C tersasar
B terbabas
D tergelincir

15 Tukang masak di istana itu banyak mempelajari _________________ semasa dia bertugas di istana.
A bahasa halus
B bahasa dalam
C bahasa pasar
D bahasa rojak.

16 Ahli pengakap yang sesat di hutan itu masih belum ditemui ____________ petang semalam,walaupun usaha mencarinya telah dilakukan selama dua puluh empat jam.
A hingga
B dari
C agar
D daripada

17 Ramai _______________ tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan anak
Encik Sharulzaman.
A amat
B benar
C paling
D sangat

18 Anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan itu hidup __________ antara satu sama lain.
A seperti isi dengan kuku
B seperti aur dengan tebing
C seperti enau dengan belukar
D seperti bulan dipagar bintang

Soalan 19
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris

Soalan 19 berdasarkan Gambar 6


Gambar 6
19 Puan Sumiyati sering mengutus surat kepada saudara-maranya di Indonesia.
A mengucap
B menulis
C mengirim
D menghantar

Soalan 20
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris

20 Ayah mengizinkan saya menyertai lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
pada cuti nanti.
A melarang
B mendesak
C menyuruh
D membantah

Soalan 21 hingga soalan 23
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.


21 Adik bertanya bilakah ayah akan pulang.
A “Bilakah adik akan pulang ?” tanya ayah.
B “Bilakah ayah akan pulang,adik ?” tanya adik.
C “Bilakah ayah akan pulang ?”tanya adik.
D “Bilakah adik akan pulang,ayah ?” tanya adik
















Soalan 22 berdasarkan Gambar 7


Gambar 7
22 Amar ke hospital untuk melawat jirannya yang dirawat akibat keracunan makanan.
A Mengapakah jiran Amar dirawat di hospital ?
B Siapakah yang dirawat di hospital ?
C Apakah tujuan Amar ke hospital ?
D Bilakah Amar melawat jirannya ?

Soalan 23
Pilih ayat yang betul

23 A Syabas, kamu telah memenangi pertandingan itu !
B Aduh, besarnya beg sekolah kamu !
C Ah, kawan-kawanku , belajarlah bersungguh-sungguh !
D Cis, mahal sungguh baju ini !







Soalan 24 hingga Soalan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24 Bapa mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang baik hati itu kerana
menolong kami.
A “Terima kasih kerana baik hati menolong kami,”kata pemuda itu kepada
bapa.
B “Terima kasih kerana menolong pemuda yang baik hati itu,”kata bapa
kepada kami.
C “Terima kasih kerana menolong kami,”kata bapa pemuda yang baik hati
itu.
D “Terima kasih kerana menolong kami ,”kata bapa kepada pemuda yang
baik hati itu.

25 ”Kalau bercuti di Terengganu nanti, jangan lupa singgah ke rumah saya di Marang,” kata Puan Zam kepada Puan Ummi.
A Puan Zam dan Puan Ummi mempelawa saya singgah ke Marang sekiranya saya bercuti di Terengganu.
B Puan Zam mengajak Puan Ummi singgah di rumahnya di Marang sekiranya dia bercuti ke Terengganu.
C Puan Ummi mengingatkan Puan Zam bermalam di rumahnya di Marang ketika bercuti di Terengganu.
D Puan Ummi mengingatkan saya dan Puan Zam agar menyinggah di rumahnya di Marang sekiranya dia bercuti di Terengganu.









Soalan 26 berdasarkan Gambar 8



Gambar 8
26 Rosli menolong datuknya memungut buah durian untuk dijual kepada peraih.
A Peraih memungut buah durian yang dijual oleh datuk Rosli.
B Rosli mengutip buah durian untuk dijual kepada peraih datuknya.
C Rosli membantu datuknya memungut buah durian yang dijual kepada peraih.
D Datuk dibantu oleh Rosli memungut buah durian yang akan dijual kepada
peraih.

Soalan 27 dan soalan 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


27 I Hubungilah pejabat kami untuk mendapatkan keterangan lanjut
II Datuk Kadir masih bekerja walaupun usianya sudah lanjut.
III Kata-kata yang lanjut itu tidak dapat ditarik balik.
IV Kisah siri cerpen itu sangat lanjut.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja


28 I Air di dalam kolam itu paras pinggang sahaja.
II Pengantin itu amat paras dengan pasangannya.
III Paras budak kembar itu hampir serupa, sukar untuk membezakan mereka.
IV Para penduduk dinasihati segera berpindah kerana paras air semakin tinggi.

A I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat- ayat yang betul
29 I Kedua-dua orang adik Samad kawan baik saya.
II Janganlah engkau bermasam muka dengannya.
III Meja yang ini lebih tinggi daripada meja yang itu.
IV Khairul membuka penutup tin itu dengan hujung sudu.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I , II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

30 I Sila naiki ke rumah kerana pintu tidak berkunci.
II Saya gemar memakan ayam goreng.
III Nenek menjamu kami semangkuk sup panas.
IV Adik sedang melompat-lompat di padang permainan.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan IV sahaja


Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


“Menarik dan mengagumkan.” Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh orang ramai yang menaiki buaian pusing gergasi. Buaian pusing gergasi itu terletak di Taman Tasik Titiwangsa. Buaian yang diberi nama “Eye On Malaysia” ini dibina dengan menggunakan teknologi dari Jerman, Belanda, dan Switzerland.

Buaian pusing gergasi itu menjadi mercu tanda Tahun Melawat Malaysia 2007. Buaian tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Buaian ini mampu menampung 25 ribu penumpang sehari. Bayaran yang dikenakan ialah RM15 bagi dewasa. Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), pesara, dan pelajar pula dikenakan bayaran sebanyak RM8. Buaian ini akan mengambil masa kira-kira 15 minit dalam beberapa pusingan. Para pengunjung berpeluang menaiki buaian itu dari 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari selama setahun.

Terdapat 42 gondola di dalam buaian yang setinggi 60 meter ini. Gondola itu dilengkapi alat pendingin hawa dan dua kerusi panjang. Gondola itu juga mampu memuatkan lapan orang penumpang dalam satu masa. Daripada 42 gondola itu, pengunjung boleh memilih untuk menaiki satu gondola khas untuk orang kenamaan (VIP). Bayaran yang dikenakan ialah RM50 seorang. Gondola tersebut dilengkapi televisyen skrin rata, peti sejuk mini, talian telefon, tempat duduk kulit, dan lantai cermin. Pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Bandar Raya Kuala Lumpur pada jarak 15 kilometer atau pada ketinggian bangunan 15 tingkat.

Di samping itu, acara-acara lain turut diadakan di sekitar buaian pusing gergasi ini. Antaranya ialah pertunjukan bunga api, acara air, dan pertandingan karaoke.



31

Buaian pusing gergasi ini dibuka kepada orang ramai selama...
A 10 jam.
B 12 jam.
C 20 jam.
D 24 jam.



32

Siapakah yang merasmikan “Eye On Malaysia”?
A Perdana Menteri Malaysia
B Menteri Pelancongan Malaysia
C Timbalan Perdana Menteri Malaysia
D Pengunjung Taman Tasik Titiwangsa



33

Bayaran RM8 dikenakan kepada golongan yang berikut, kecuali...
A Orang Kurang Upaya (OKU)
B orang kenamaan
C kanak-kanak
D pesara




34

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Ketinggian buaian ini ialah 60 meter.
B Buaian ini terletak di tepi Tasik Titiwangsa.
C Buaian ini dapat menampung 25 ribu penumpang sehari.
D Buaian ini dibina dengan menggunakan teknologi dari luar negara.



35

Rangkai kata menarik dan mengagumkan dalam petikan bermaksud...
A memikat dan menakjubkan.
B memikat dan menghiburkan.
C menawan dan memeranjatkan.
D menggoda dan menghairankan.






















Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.



Bersenam, makan secara sihat, mengekalkan berat badan unggul, tidak merokok, dan mengawal paras glukosa, kolestrol, serta tekanan darah merupakan sebahagian daripada gaya hidup sihat yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Kebimbangan tentang peri pentingnya menjaga kesihatan jantung dapat dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi yang berpunca daripada penyakit jantung koronari. Boleh dikatakan bahawa satu pertiga hingga separuh daripada kematian yang berpunca daripada penyakit jantung koronari tidak menunjukkan tanda-tanda amaran. Pendek kata, simptom awal dan akhir penyakit jantung koronari selalunya ialah kematian mengejut. Oleh itu, yang menjadi persoalannya ialah siapakah mangsa selepas ini? Mungkinkah anda?

Dengan hanya melakukan perubahan yang sedikit kepada gaya hidup, anda dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Melakukan senaman secara berkala seperti berjalan laju selama 30 minit sehari, akan dapat membantu anda memiliki jantung yang sihat. Selain itu, makan makanan yang rendah lemak dan rendah kolestrol serta berhenti merokok. Emosi juga perlu dikawal. Bersenyumlah dan selalu tenangkan fikiran. Seterusnya, buatlah pemeriksaan kesihatan sekali setahun.

“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya” merupakan ungkapan yang biasa kita dengari. Lakukan perubahan dan sayangi jantung anda.




36

Kita dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dengan
A mengelakkan aktiviti yang menimbulkan tekanan.
B mengamalkan cara hidup yang sihat.
C mengambil makanan yang berkhasiat.
D melakukan kerja-kerja yang ringan









37

Mengapakah kita harus berwaspada terhadap penyakit jantung koronari?
A Kerana penyakit ini tidak dapat dirawat.
B Kerana banyak orang yang mati akibat penyakit ini.
C Kerana penyakit ini mudah berjangkit dari orang ke orang.
D Kerana penyakit ini tidak menunjukkan sebarang tanda amaran.



38

Yang berikut ialah cara-cara untuk mencegah serangan penyakit jantung koronari kecuali
A Melakukan pemeriksaan kesihatan sekali setahun.
B Mengambil makanan yang berlemak.
C Senaman secara berkala.
D Mengawal emosi



39

Frasa “senaman secara berkala” membawa maksud melakukan senaman
A yang ditentukan waktu dan kadarnya.
B berdasarkan nasihat pakar kesihatan.
C secara sederhana dan berterusan.
D mengikut kemampuan diri.



40

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah sesuai dikaikan dengan ungkapan “mencegah lebih baik daripada mengubati”?
A Mencari penawar kepada penyakit jantung sebelum penyakit tersebut melarat.
B Melakukan penyelidikan yang berterusan tentang amalan gaya hidup dan corak pemakanan.
C Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, makan secara sihat, mangawal emosi, dan tidak merokok.
D Mencari punca penyakit jantung dan mengelakkan amalan yang membawa kepada penyakit tersebut.




- KERTAS SOALAN TAMAT -

1 comment:

  1. Terima kasih atas doa2 yang dilampirkan. Doa2 yang bagus untuk para ibu bapa amalkan dalam mendidika anak2 menjadi manusia berguna.

    Tambah Jawi:
    Membandingkan dengan Rumi, Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
    Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
    Huruf Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 34 bentuk.

    Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
    Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
    http://www.arabictypography.com/ani1.html

    Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
    -
    Semarak Jawi + Khat
    http://typophile.com/node/74436
    -
    Salam harmoni.

    ReplyDelete