Sunday, July 1, 2012

aedes ..jangan kasi can dia hidup.

hari ni semangat untuk mencatat dah ada... cuma tak dapat tulis panjang. pagi ni aku kalut sapu rumah dan jemur kain kerana kul 9.00 kena sampai kat perkarangan blok c apartmen semarak. ada taklimat pembebasan wabak denggi. apartmen tu dah diisytihar ada wabak denggi..dah ada ramai demam denggi. cuma tak dinyatakan ada yang meninggal? harap tak ada le...
orang kesihatan yang berceramah tu kata, nyamuk aedes ni tak kenal sapa utk mencari mangsa.guru ke menteri ke baby ke..tu dia nyamuk yang sangat halus pun manusia tak mampu nak lawan...

so sapa yang benarkan dalam rumahnya ada menternak aedes tu kira penjenayah... sebab nyamuk yang ada kat rumah dia belum tentu gigit hak yang ada dalam rumah tempat dia menetas... mungkin dia cari mangsa sejauh 400 meter jarak yg boleh nyamuk tu terbang. ha itulah katanya nyamuk tu asalnya dari rumah si A dan A benarkan nyamuk aedes hidup, si A kira subahatlah dgn nyamuk tu...hmmm.

marilah kita sama2 selamatkan keluarga dan jiran tetangga daripada dijangkiti denggi. jangan benarkan telur nyamuk aedes menetas.. hapuskan dia. cuci tempat yang dijangka ada telurnya seperti lapik pasu bunga tu kena berus jika dah ada lumutnya, mana tau kat situ ada telur nyamuk...telur tu kebal. boleh tahan lama, bila ada air dia akan menetas..
t.kasih krn sudi membaca...