Wednesday, June 3, 2009

Jangan Putus Asa

Jangan putus asa kerana tiada jalan keluar.
Apa yang berlaku pada kita, terutamanya musibah, itu merupakan penebus dosa atas izin Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktu dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadith riwayat Ahmad).

Ceramah : Pentingnya Pendidikan Masa Kini

Syukur pada Illahi, pertama kali aku dapat memberi ceramah motivasi kepada ibu bapa dari kalangan orang asli. Aku ingat pesan bijak pandai, untuk mendapat keyakinan pada pendengar ceramah binalah hubungan. Caranya banyakkan cari persamaan, kurangkan mencari perbezaan. Seperti yang diketahui umum, agak sukar untuk menarik minat dewasa masyarakat seperti ini untuk mendengar motivasi, lebih-lebih lagi jika pengisian itu 'dry' dan agak ilmiah. Aku ambil inisiatif sediakan tayangan power point dan video. So buat pertama kali, sudah tentulah banyak lagi yang perlu diperbaiki. Walaubagaimanapun satu pengalaman yang unik....kerana dapat diberi peluang seperti ini.